Rombakan Kabinet: Kalau Dah Nak Lemas, Najis Pun Capai – TMJ

Johor Bharu – ‘Kalau Dah Nak Lemas, Najis Pun Capai’

 

Demikianlah kata-kata yang dinyatakan oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada petang tadi yang menimbul persoalan netizen apakah kata-kata itu berkaitan dengan rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

 

Difahamkan, kenyataan itu dikeluarkan ketika beliau bersoal jawab dengan wartawan yang bertanyakan pandangannya mengenai FAM atau bola sepak yang dimuatnaik melalui akaun Facebook Johor Southern Tiger.

 

Facebook tersebut merupakan medium rasmi Tunku Ismail berkomunikasi dengan masyarakat.

 

Berikut adalah antara perbualan yang dimuatnaik semalam melalui akaun tersebut:

 

Wartawan : Tunku, ada sebarang komen berkenaan bolasepak atau FAM?

 

TMJ : Kalau orang dah nak lemas, najis pun dia sanggup capai.

 

Wartawan: Apa maksud Tunku?

 

TMJ : Fikir-fikirkanlah sendiri.

 

Wartawan: Adakah ini berkenaan bola sepak ataupun berkenaan isu-isu yang lain?

 

TMJ : (senyum)… Terima kasih.

 

Sebelum ini, TMJ pernah mempertikaikan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke forum Nothing To Hide di PWTC dengan alasan telah dinasihatkan oleh Ketua Polis Negara.

 

Namun rakan-rakan mdia yang dihubungi SuaraTV menafikan pihak Tunku Ismail mengadakan sebarang sidang media semalam.

 

“Kalau ikut jadual, semalam tak ada sebarang jemputan media yang melibat TMJ.

 

“Dialog tersebut mungkin sengaja dinaikkan atau dilakukan bersama beberapa rakan media yang lain sebagai reaksi terhadap rombakan kabinet yang diadakan semalam” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.