Rahman Dahlan Dakwa Muhyiddin Berbohong Dalam Isu 1MDB

Kuala Lumpur – Pengarah Komunikasi Strategik, Dato Abdul Rahman Dahlan menafikan dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bahawa ahli kabinet hanya diberi masa lima minit untuk menelitinya.

 

Rahman melalui status yang dimuatnaik di akaun Facebooknya berkata semua jemaah menteri boleh membawa dokumen yang diberikan itu pulang ke rumah.

 

“Pembetulan fakta. Buku fact sheet yang disebut oleh TSMY dalam video diatas tidak diambil semula.

 

“Semua menteri boleh bawa balik factsheet tersebut” tulisnya di akaun media sosial itu sebentar tadi.

 

Menurut Rahman lagi Menteri Kewangan Ke-2, Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah turut meminta ahli-ahli kabinet yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mengemukan persoalan tersebut kepada beliau.

 

“Buku factsheet tersebut mengandungi banyak data mengenai isu-isu panas 1MDB.

“Bersama buku factsheet itu jugak dilampirkan satu surat dari MK2 yang meminta ahli jemaah menteri yang masih mahukan penjelasan yang lanjut supaya mereka menulis pertanyaan itu dalam satu format yang disediakan dan hantar kepada beliau. #FactCheck”” tulisnya lagi.

 

Muhyiddin dalan sidang akhbar pertamanya yang diadakan pada pagi tadi menyatakan jemaah menteri hanya diberi masa lima minit melihat dokumen 1MDB.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.