PAC Akan Tetap Siasat 1MDB

Kuala Lumpur – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan meneruskan siasatan terhadap 1MDB, kata timbalan pengerusinya Tan Seng Giaw hari ini.

 

Seorang ahli jawatankuasa PAC William Leong pula menambah saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan telah diberitahu untuk menghadiri perbicaraan pada tarikh yang telah ditetapkan.

 

Katanya ia telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

 

Bagaimanapun, langkah yang diumumkan itu bercanggah dengan kenyataan Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed semalam yang mengumumkan siasatan ke atas 1MBD akan ditangguhkan sehingga parlimen bersidang Oktober depan.

 

“Kenyataan ini (Nur Jazlan) mengecewakan. Walaupun empat orang ahli telah dilantik sebagai timbalan menteri masih terdapat sembilan ahli PAC yang boleh meneruskan tugas mereka,” kata Tan dalam sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di parlimen hari ini.

 

Tan merujuk Fasal 83 (3) Dewan Rakyat Peraturan Mesyuarat yang menyatakan bahawa kuorum jawatankuasa parlimen ialah tiga orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.