Muhyiddin Minta Penyokong Jangan Susahkannya

Damansara – Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta para penyokongnya agar bertenang dan tidak melakukan sesuatu yang akan menyukarkan tugasnya sebagai Timbalan Presiden Umno.

 

Muhyiddin juga optimis kedudukannya sebagai orang nombor dua dalam parti tidak akan tergugat sementelah yakin ahli dan pemimpin Umno bijak menilai komitmen dan sumbangannya selama ini.

 

“Tidak, saya tidak fikir akan tergugat (kedudukan sebagai Timbalan Presiden), saya bukan baru dalam parti, tapi tugas saya tidak akan saya abaikan.

 

“Ahli Parti yang duduk dalam parti sudah berpengalaman dan tahu mengenai isu ini. Saya harap lebih terbuka dan beri ruang sepenuhnya”, katanya dalam sidan media di kediaman beliau, sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.