Muhyiddin Berjanji Laksana Tugas Parti

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan meneruskan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) biarpun telah digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan semalam.

 

Beliau berkata, sebagai ahli parti yang bertanggungjawab, tugas tersebut perlu dipikul dengan sebaik-baiknya demi masa depan parti dan negara.

 

“Sebagai Timbalan Presiden parti, saya ada amanah dan tanggungjawab yang harus saya pikul dengan sebaik-baiknya, jika saya gagal laksanakan tugas itu bermakna saya pecah amanah yang diberikan.

 

“Walaupun digugurkan dalam barisan Kabinet, sebagai seorang Islam saya terima dan tidak boleh menolak. Saya terima dengan hati terbuka dan tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku terhadap saya kerana apa yang saya nyatakan adalah hak dan benar,” katanya dalam sidang akhbar khas di kedimana beliau di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.