Malaysia Akan Jadi Seperti Game of Thrones – Nazir Razak

Kuala Lumpur – Adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Tun Razak memberi amaran kemungkinan negara menjadi seperti epik bersiri Game of Thrones jika pergolakan politik tidak diselesaikan dengan baik.

 

Pengerusi CIMB memberi amaran itu menerusi akaun Instagram dengan memuat naik sebuah poster epik terbabit bersertakan keterangan.

 

“Melalui pergolakan politik ini, kita mesti memelihara dan melindungi integriti institusi kita atau kita akan menjadi seperti Game of Thrones,” tulis.

 

Game of Thrones merupakan epik bersiri yang menceritakan pergelutan antara beberapa empayar mendapatkan takhta tertinggi untuk menjadi kerajaan yang paling berkuasa.

 

Nazir juga sebelum ini tidak bersetuju dengan pergantunggan The Edge yang mendedahkan laporan mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.