Kabinet Baru Perlu Segera Selesai Isu-Isu Semasa – Tun Abdullah

BANGI  – Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan harapan barisan kabinet baharu dapat bertindak cepat dalam menyelesaikan isu-isu semasa.

 

Beliau berkata rakyat menanti perubahan dan kebaikan yang akan dilaksanakan barisan kabinet baharu itu.

 

“Kalau tunggu-tunggu akan membawa lebih banyak kesusahan. Tindakan cepat itu yang mesti dibuat segera, untuk membawa apa jua kebaikan sebagai kesan daripada rombakan,” katanya ketika diminta mengulas harapan beliau terhadap barisan kabinet baharu.

 

Dalam masa sama, Abdullah berharap barisan kabinet baharu yang menyaksikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu, diberi peluang untuk melaksanakan apa yang dirancang.

 

“Bukan satu perkara yang senang tapi saya harap mereka akan berusaha bersungguh-sungguh supaya apa yang mereka rancang akan membawa kejayaan,” katanya kepada media selepas perasmian Persidangan Kebangsaan Ekonomi dan Kewangan Islam 2015 di Institut Latihan Islam Malaysia di sini hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.