Isu Rumah Tangga Bermasalah, Hanez Suraya Kunci Mulut

Tiada angin tiada ribut, alih-alih timbul dakwaan rumah tangga pelakon Hanez Suraya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha Abd Rais yang baru mencecah empat bulan dikatakan sedang bermasalah.

 

Khabar itu timbul selepas Hanez memuat naik beberapa perkongsian status bergambar yang seolah meluahkan perasaan sedihnya.

 

Diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut, pelakon Love You Mr. Arrogant ini bagaimanapun berkata tiada apa perlu diperjelaskan berhubung dakwaan berkenaan selain dia perlu menghormati suami dan keluarga kedua-dua belah pihak.

 

Dia bimbang sekiranya dia memberi komen berhubung dakwaan berkenaan ia akan disalah anggap oleh sesetengah pihak.

 

“Tiada komen. Ini kerana sekarang saya sudah bergelar isteri orang dan tidak elok untuk saya mengulas tentang perkara tersebut secara terbuka.

 

Isu dan kontroversi bukan perkara baharu dalam karier saya dan apa yang saya pelajari dari pengalaman lalu adalah jangan cepat melatah dan ambil sikap berdiam diri,”

 

“Apa yang orang ingin kata tentang saya atau telahan mengenai rumah tangga kami, biarlah,” katanya seperti yang dilaporkan mStar online

 

Tambahnya lagi, fokus dia kini adalah menguruskan rumah tangga, suami dan anak-anak tiri selain menjaga kandungannya yang sudah memasuki empat bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.