Hans Isaac Buka Baju, Tayang Perut Buncit

Pelakon Hans Isaac berkongsi pengalaman melakonkan babak intim dengan pelakon Jepun dalam filem Nota, yang membuatkan dia sendiri berpeluh satu badan.

 

“Babak intim berkenaan menjadi babak pertama yang saya lakukan. Hari pertama saya perlu buka baju dan berlakon dengan pelakon yang tak pernah ditemui sebelum ini. Ikutkan saya pernah melakonkan babak intim di Filipina berjudul Miss You Like Crazy tetapi ia ditayangkan di sana pada 2010.

 

“Risau juga kerana saya menghormati sensitiviti masyarakat di negara kita. Tapi apabila tengok filem ini, ia tidaklah keterlaluan Saya dan pelakon itu perlu berada di dalam selimut. Memang janggal kerana saya memang tak kenal pelakon berkenaan. Tapi dengan sekali penggambaran kami berjaya memuaskan kehendak pengarah,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian online.

 

Dalam filem arahan pengarah dari Jepun, Yasu Tanaka turut menampilkan pelakon hebat Maya Karin.

 

Hans dan Maya memengang watak sebagai pasangan suami isteri yang bermasalah selepas sedekad berkahwin termasuk gagal mendapat zuriat.

 

Kata pemilik syarikat produksi Tall Order Productions ini lagi, selain tidak tidak mengenakan solekan sepanjang dalam filem ini, dia terpaksa mendedahkan badannya yang buncituntuk menunjukkan realiti lelaki yang berdepan masalah rumah tangga.

 

Filem ini juga saya dan Maya tidak mengenakan solekan. Saya sendiri tak kisah berbadan buncit untuk menunjukkan realiti lelaki yang berdepan masalah rumah tangga.

 

“Saya sanggup pakai baju yang betul ketat untuk menampakkan perut buncit. Selalunya orang bermasalah ini, realitinya akan makan banyak untuk melupakannya,” katanya.

 

Filem Nota akan ditayangkan di pawagam berhampiran mulai 13 Ogos depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.