Dah Sebati Dengan Imej Seksi, Nor Albaniah Tak Kisah Dikecam

Cukup sinonim dengan imej seksi sejak di zaman 90-an membuatkan pelakon Nor Albaniah, 45, tidak terlalu ambil pusing dengan hinaan dan kutukan engikut laman sosial terhadap penampilan seksinya.

 

Memetik laporan mStar online, pemilik nama sebenar Nor Albaniah Raffie ini, berkata, kebanyakan yang mengutuk tentang imejnya itu merupakan generasi baharu.

 

“Apa yang saya lihat mereka yang kutuk-kutuk saya ini adalah budak baru yang tidak kenal saya pun, saya bukan sekarang ni baru nak seksi. Mungkin emak mereka yang kenal saya lebih tahu penampilan seksi saya sejak dulu lagi.

 

“Saya juga bukan perasan untuk jadi muda seperti yang sering mereka katakan sebaliknya saya sudah biasa berpakaian dengan imej sedemikian,” ujarnya.

 

Nor Albaniah berkata demikian ketika diminta mengulas apabila terdapat segelintir pihak yang mengecam penampilan seksinya yang dianggap sudah tidak lagi sesuai untuk umurnya yang kini mencecah 40 an.

 

Tambahnya, penampilan tersebut tidaklah keterlaluan dan apa yang lebih penting ialah keselesaannya.

 

“Saya tidak rasa ia seksi kerana dulu pun saya pakai begini tiada pula yang kecam dan pada saya ia normal sahaja. Apa yang saya pakai itu ringkas dan selesa,” katanya.

 

Sementara itu, Nor Albaniah berkata, dia tidak pernah mengambil peduli tentang komen-komen negatif pengikut di laman Instagram terhadapnya.

 

Dia hanya membaca dan memadam komen yang dianggap terlalu melampau sehingga boleh menjejaskan maruah.

 

“Saya okey sahaja orang nak kutuk-kutuk kat Instagram, tidak pernah pun layan dan balas komen mereka kerana tidak mahu berbalah.

 

“Tapi kalau ada yang benar-benar melampau saya akan padam kerana tidak mahu orang lain baca dan terpengaruh,” kata pelakon yang pernah membintangi filem Adik, Main-Main Hantu dan Kekasih Awal Dan Akhir ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.