Bangunan Bukit Aman Terbakar, IGP Nafi Pejabat ‘Task Force’ 1MDB Terjejas

Kuala Lumpur – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan kononnya bertujuan untuk menghapuskan dokumen dan bukti siasatan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas (PPK) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Khalid melalui akaun twitternya berkata kebarakan tersebut hanya menjejaskan bahagian koridor bangunan di tingkat 10.

 

“Saya sahkan kebakaran di Ting 10 Menara 2 @PDRMsia Bkt Aman. Api telah berjaya dipadamkan dan tiada kemalangan jiwa. Punca sdg disiasat.

 

“Hanya dokumen tidak penting di koridor Ting 10 @PDRMsia yg terbakar. Bhg pej selamat. Ting 10 adalah pej tadbir JSJ. Hentikan khabar angin” tulis beliau.

 

Para pengguna media sosial Facebook sebelum ini mendakwa punca kebakaran di bangunan tersebut dalah bertujuan untuk memusnahkan fail dan dokumen berkaitan siasatan 1MDB.

 

Bangunan lama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman di laporkan terbakar kira-kira jam 5.20 petang tadi.

 

Menurut sumber, kebakaran di tingkat 9 dan 10, yang menempatkan Jabatan Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah bermula dari ‘pantry’ sebelum merebak ke tempat lain.

 

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat, kebakaran di bangunan itu dilihat dapat dilihat dari jarak yang jauh dan kenderaan bomba menghadapi kesukaran untuk tiba di tempat kejadian kerana kesesakan lalu lintas.

 

Seramai 24 anggota bomba dihantar ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dikawal sekitar jam 7.47 malam.

 

Mereka adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Hang Tuah dan Titiwangsa.

 

Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 8 malam.

 

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih belum diketahui.

 

 

 

BERITA LANJUT MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.