Awie Failkan Pembelaan

Penyanyi Awie memfailkan pernyataan pembelaan berhubung hak penjagaan kekal tiga anak beliau yang dituntut isteri­nya, Rozana Misbun, 37, Mahkamah Tinggi Syariah, semalam.

 

Kehadiran Awie itu adalah susulan daripada surat saman yang diterima pada 14 Julai lalu yang mendesaknya supaya menghadir­kan diri jika tidak mahu waran tangkap dikeluarkan ke atasnya.

 

Selepas didakwa tidak mahu hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan kes itu oleh Rozana beberapa kali sebelum ini, Awie atau nama sebenar­nya, Ahmad Azhar Othman, 47, kali ini tampil bersama peguam­nya, Mohd. Syafiq Norizan untuk memohon diberi masa selama sebulan bagi menyediakan jawapan balas ke atas tuntutan isteri­nya itu.

 

Hakim Syarie, Ibrahim Deris kemudiannya membenarkan permohonan Awie itu dan menetapkan 3 September ini untuk kes itu disebut semula di hadapan pendaftar bagi membolehkan penyanyi utama Kumpulan Wings itu menyerahkan jawapan balas dan pernyataan pem­belaannya.

 

Rozana yang diwakili peguam Jamal Mohd. Lokman Sulaiman bagaimanapun tidak hadir pada prosiding semalam. Beliau memfailkan tuntutan hak penjagaan kekal itu pada 4 Februari lalu. – Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.