Anak Zahid Hamidi Luah Perasaan Sayu Di Instagram

Kuala Lumpur – Keputusan mengejut yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai rombakan kabinet masih lagi diperkatakan netizen.

 

Ia kebanyakannya merujuk kepada pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan digantikan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

 

Tanggungjawab yang diberikan Ahmad Zahid yang baharu sahaja mengangkat sumpah hari ini mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat media sosial.

 

Bagaimanapun dipertengahan gelombang itu, muncul nota sayu daripada anak sulung Ahmad Zahid di laman Instagram hari ini.

 

Nurul Hidayah Ahmad Zahid, 36, bertindak memuatnaik sekeping foto yang memaparkan kelibat Ahmad Zahid bersama dua orang cucunya mendapat perhatian netizen.

 

Foto itu dikepilkan bersama nota pendek yang mengandungi kata-kata sokongan kepada Ahmad Zahid yang perlantikannya hangat diperkata kini.

 

“Abah betapa orang sedang menyanjungmu, memujimu, memakimu, menyumpah seranahmu, kau tetap suami, abah, grandpa kami.

 

“Tahniah Abah. Ini adalah tanggungjawab dan ujian daripada Allah.

 

“Sebagai anak, bukan status yang kami pandang. Abah tetap abah.

 

“Selamat maju jaya, semoga Allah memberi kekuatan iman, taqwa, tabah dan sabar pada Abah.

 

“Pandanglah tanggungjawabmu dengan ‘mata hati’”, tulis Nurul dengan menggunakan nama @sayanurulzahid di Instagram.

 

Nota pendek itu sehingga kini mendapat 298 like di Instagram dan mendapat reaksi positif daripada orang ramai dengan menunjukkan sokongan kepada perlantikan Ahmad Zahid.

 

Seorang pengguna Instagram,@apple_pie_sedap berkata “Tahniah Datuk Seri (Ahmad Zahid). Semoga dapat menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan bermaruah dan berintegriti. Banteras penyelewengan kuasa dan perjuangkan rakyat.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.