Kerajaan prihatin, bina bangunan baharu SK Rancangan Beliau Tiulon – Arthur

- Advertisement -

SOOK — Pembinaan Bangunan Gantian Penuh di SK Rancangan Belia Tiulon Keningau merupakan inisatif Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan pembangunan infrastruktur pendidikan yang selesa dan selamat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata pembinaan bangunan baharu itu dilakukan sebagai langkah menampung permintaan masyarakat setempat yang semakin meningkat.

“Saya dan KPM berhasrat membina sebuah sekolah yang lengkap di Kg. Rancangan Belia Tiulon.

“Pembinaan bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Rancangan Belia Tiulon merangkumi 6 unit bilik darjah, bangunan pentadbiran, 8 unit kuarters guru, sebuah Makmal Sains serta sebuah Bengkel Rekabentuk Teknologi dengan kos peruntukan sebanyak RM26.9 juta dan dijangka siap pada suku keempat tahun 2026,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Gantian Penuh di SK Rancangan Belia Tiulon Keningau, Sook ini.

Jelasnya lagi, projek ini secara tidak langsung mencerminkan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam bidang pendidikan berteraskan kepada keperluan rakyat bagi memastikan para pelajar mendapat infrastruktur dan persekitaran pendidikan yang selesa bagi membolehkan mereka mencapai perkembangan diri yang optimum.

Dalam pada itu, Arthur yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia di atas usaha berterusan untuk menaiktaraf dan membina baharu sekolah daif di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Sehingga kini, di Parlimen Pensiangan sebanyak 4 buah Sekolah Daif telah siap dinaiktaraf dan diserahkan kepada pihak Pengurusan Sekolah iaitu SK Inandung, SK Simbuan, SK Penagatan dan SJK (C) Cheng Ming. Manakala SMK Tulid  di dalam fasa Perancangan dan SMK Nabawan sedang dalam fasa pembinaan,” katanya.

Beliau percaya persekitaran pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam menjamin keberkesanan pengajaran dan berharap dengan adanya fasiliti pendidikan yang kondusif dan selamat, para pelajar akan dapat memberi lebih penumpuan terhadap pembelajaran.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat