Pak Pandir Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Penyanyi lagu Yang Remeh Temeh meninggal dunia di Hospital Kajang kira-kira 4.30 pagi tadi.

Azmi Ali, 62, atau lebih dikenali sebagai Pak Pandir pernah popular awal 1990-an dikatakan mengidap masalah tekanan darah rendah, buah pinggang dan paru-paru berair.

Allahyarham dimasukkan ke hospital sama akibat komplikasi ‘water retention’ dalam badan yang menyebabkan kedua-dua kaki bengkak pada April.

Difahamkan, akibat masalah kesihatan sebelum ini beliau tidak sempat mempromosi album terbaharunya yang mengandungi lagu-lagu puisi.

Pak Pandir yang aktif sebagai pemuzik jalanan sekitar Putrajaya dan menetap di Kajang meninggalkan seorang isteri, Rosmi Salmiah dan tujuh anak serta tiga cucu.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Annur Kantan Permai, Kajang pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan.- MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.