Video: Mamu Penang Marah Guan Eng Tak Pasang Lampu Kelip-Kelip Aidilfitri

Sebuah video seorang warga Pulau Pinang tidak puas hati dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak ‘memeriahkan’ suasana Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang mendapat tempat di media sosial baru-baru ini.

Video yang dirakamkan pada ambang Syawal, 24 Jun lepas dirakam oleh individu menggelarkan dirinya sebagai ‘Mamu’ berlegar-legar di bahagian pulau negeri berkenaan.

Antara lokasi yang dipaparkan di dalam video berkenaan termasuk: Jalan Penang, Lebuh Carnarvon, Jalan Masjid Kapitan Keling, Jalan Dewan Undangan Negeri, Padang Kota, Dewan Sri Pinang, Jalan Ria, dan Gurney Drive.

“(Gurney Drive) ini destinasi terakhir Mamu, apa yang Mamu cuba sampaikan, ada sesetengah dah dapat (faham) dan ada sesetengah yang tak dapat lagi. Siapa tak dapat saya rasa matematik agak lemah, tetapi yang dah dapat Alhamdulillah matematik pandai.

“Lampu hiasan di Pulau Pinang sempena hari raya. Hari ini jam 2.30 pagi. Malam raya, ambang hari raya. Mamu keluar (dari rumah), Mamu buat video, saya korbankan ambang hari raya.

“Mr Lim Guan Eng, dengan sini. Saya korbankan ambang hari raya kerana kamu. You kenapa tak ada (sediakan) lampu? You betul-betul kejam punya orang. I pusing Penang, dua tempat sahaja you bubuh (pasang) lampu. Masjid Kapitan Keling dan Gurney Drive. Lain-lain tempat kenapa tiada lampu?” soal Mamu kepada Guan Eng.

Mamu menyifatkan Guan Eng sebagai kejam kerana tidak memeriahkan perayaan hari raya di Pulau Pinang sepertimana beliau memeriahkan perayaan-perayaan lain.

“Tahun Baru China kamu raikan. Krismas kamu raikan. You tak ada ke rasa sambutan hari raya? Hey, kita orang Penang tau. Kita duduk sini, beranak (lahir) disini, duduk (tinggal di sini) 33 tahun.

“You datang sini jadi CM (Ketua Menteri), you ada kasi can ke sama kita? Bagi feel la sama kita hari raya ni,” katanya meluahkan rasa tidak puas hati.

Untuk rekod, Guan Eng sebelum ini merupakan ahli parlimen Kota Melaka, Melaka selama dua penggal sehingga 1995 sebelum bertanding di Parlimen Bagan dan DUN Air Putih di Pulau Pinang pada 2004.

Setelah Barisan Nasional (BN) tewas di Pulau Pinang pada PRU 2008, Guan Eng diangkat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

“You (Guan Eng) tak boleh pakai I cakap. Sebab apa? Dua tempat saja you bubuh lampu. Sekarang I cakap, bukan kerajaan pusat bankrap, You bankrap. I cakap sekarang kerajaan negeri bankrap.

“Sebab lampu pun you tak boleh bubuh. Betul-betul we don’t need you here la. You can go back to Melaka la. (kami tak perlukan kamu di sini kamu boleh pulang ke Melaka la).

“Mr Lim Guan Eng, listen to me. You can go back to Melaka la (Lim Guan Eng dengar apa saya katakan. Kamu boleh pulang ke Melaka la),” tegasnya lagi. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.