Video: Gereja Di Sabah Dapat Pujian Netizen Mainkan Lagu Raya

KENINGAU – Sebuah gereja Katolik di Sabah, mendapat pujian kerana memainkan lagu raya pada Ahad lepas.

Video berdurasi 27 saat yang sedang tular di laman Facebook itu menunjukkan kugiran gereja tersebut memainkan versi instrumental lagu Suasana Hari Raya dan ia ditonton hampir 30,000 kali sejak dimuat naik tengah hari kelmarin.

Pihak media tempatan melaporkan persembahan berlaku di Pusat Suci Holy Family Nulu Sosopon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.