Rihanna Bercinta Dengan Bilionaire Arab

Penyanyi Rihanna dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan billionaire Arab Saudi, Hassan Jameel.

Hassan yang juga merupakan pewaris perniagaan keluarganya merupakan naib presiden syarikat perniagaan keluarganya, Abdul Latif Jameel yang merupakan antara syarikat terbesar di dunia.

Syarikat keluarganya merupakan pengedar tunggal jenama kereta Toyota di Arab Saudi.

Hubungan mereka berjaya dihidu selepas paparazi mengekori mereka ketika bercuti di sebuah villa di Sepanyol baru-baru ini.

Pasangan itu dilihat mesra berciuman ketika sedang berenang dan bersantai di kolam renang.

Difahamkan, sebelum ini Hassan dilaporkan pernah berkasih dengan supermodel Naomi Campbell apabila dilihat hadir bersama di sebuah festival di Hyde Park, London, Julai tahun lalu.

Hubungan terbaharu Rihanna ini dikatakan tidak disenangi Naomi sehingga menyebabkan kedua-duanya saling tidak mengikuti di laman Twitter dan Instagram masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.