Pyongyang Arah Park Geun-Hye Dihukum Mati

SEOUL – Rejim Korea Utara hari ini mengeluarkan arahan hukuman mati terhadap bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye dan ketua perisiknya yang didakwa merancang membunuh Kim Jong-un.

Menurut Reuters, Agensi Berita Pusat Korea Utara (KCNA), berkata siasatan membuktikan Geun-hye adalah dalang yang merancang pembunuhan ‘pemimpin agung’ mereka pada 2015.

Sehubungan itu, Pyongyang ‘menjatuhkan hukuman mati terhadap pengkhianat, Geun-hye.

KCNA tidak menyebut sumber siasatan itu, tetapi akhbar Jepun minggu ini melaporkan bahawa Geun-hye pada 2015 pernah meluluskan pelan untuk menumbangkan pemimpin rejim Korea Utara.

Geun-hye disingkir pada Mac lalu kerana terbabit dalam skandal rasuah dan kini dalam tahanan ketika kesnya sedang dibicarakan di mahkamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.