Potongan Jubah Lelaki Ala ‘Ikan Duyung’ Mendapat Kecaman Netizen

Tanpa segan silu, pemakainya menggayakan busana ‘jubah’ itu di tengah jalan, selain merakamkan penampilannya dengan bersandar pada sebuah kereta dengan gaya ‘melentik’.

Menerusi beberapa gambar yang kini tular di media sosial, pemuda tersebut turut memakai satu lagi jubah potongan ikan duyung warna kuning.

Gayanya yang sekali lagi ‘melentik’ dilihat berjalan bersama dua wanita yang ayu berbaju kurung moden, sekali pandang kesemuanya seperti srikandi ‘Charlie’s Angles’.

 

 

 

Rekaan dan gaya pemuda tersebut mendapat kecaman netizen yang menyifatkan jubah dengan potongan tersebut tidak sesuai untuk dipakai mana-mana lelaki.

Seorang pengguna Facebook ‘Noorihan Salleh’ berkata, hakikatnya jubah tidak mempunyai potongan sama ada ia untuk lelaki mahupun wanita.

“Ini jubah atau dress perempuan. Tak perlulah pelik sangat. Gelilah!” kata ‘Qistina Balqis Musa’ di laman sosial.

Sementara itu, ‘Ismail Husin’ pula berkata: “Ini bukan jubah. Siapalah pereka ini. Agak-agaklah, memalukan saja. Pakaian ini lebih kepada kaum Hawa.”

Menurut ‘Abdul Hanif Hadeni’, dia lebih rela memakai baju ‘pagoda’ dan berkain pelikat daripada perlu memakai ‘jubah’ berkenaan.

 

One thought on “Potongan Jubah Lelaki Ala ‘Ikan Duyung’ Mendapat Kecaman Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.