Keluarga Amar Melaram Dengan Tiga Warna Rai Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Tanpa bantuan isteri, pelakon Amar Asyraf mungkin kelam-kabut menyambut Aidilfitri.

Amar yang mula dikenali selepas membintangi drama bersiri Setia Hujung Nyawa, mengaku terlalu sibuk di lokasi selain perlu bergegas menjaga gerai produk kesihatan dan kecantikan yang diusahakan di Shah Alam, sepanjang Ramadan.

“Terus-terang saya tidak sempat membuat persiapan raya kerana jadual penggambaran penuh sepanjang bulan puasa. “Jadi saya serahkan sepenuhnya kepada isteri untuk membuat persiapan dan memilih tema pakaian.

Kami anak beranak sedondon menggayakan tiga warna baju iaitu merah jambu, hitam dan kelabu untuk tiga hari pertama Syawal,” katanya kepada BH Online.

Amar berkata, kali ini, dia dan keluarga beraya di kampung isteri di Perak.

“Tahun ini, tiba giliran isteri pula untuk beraya di kampung halamannya,” katanya.

Amar berkata, sepanjang Ramadan, dia sibuk dengan penggambaran filem Blok 404.

“Petang hingga malam, saya berniaga di gerai berhampiran Tol Batu Tiga di Shah Alam. Hati ini tergerak untuk mencuba nasib berniaga demi masa depan,” katanya.-Bharian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.