Kayu Getah Dilarang Eksport

JOHOR BAHRU – Kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan eksport kayu getah berkuat kuasa 1 Julai ini bagi memenuhi keperluan industri perabot negara kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Beliau berkata, keputusan berkenaan dibuat pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini berikutan masalah pengusaha industri perabot, khususnya 234pengusaha di sekitar Muar, lapor Bernama.

“Pada awal bulan ini, 234 pengusaha tersebut tertekan dengan dua masalah, iaitu kesukaran mendapatkan pekerja baharu dari Bangladesh dan kekurangan sumber kayu getah untuk perabot bagi dieksport ke luar negara.

“Lantaran itu, mereka mengadakan demonstrasi kira-kira tiga minggu lepas di Muar,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Johor yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini, hari ini.

Ka Siong berkata, tindakan melarang eksport kayu getah itu amat penting bagi memenuhi keperluan industri perabot tempatan, sekali gus meningkatkan nilai eksport negara.

Beliau berkata sebelum ini, Malaysia merupakan negara pengeksport perabot keenam terbesar dunia, namun ia kini menurun ke tangga kesembilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.