Kaki Kiri Seorang Kanak-Kanak Tersepit Lubang Mangkuk Tandas


TANJUNG MALIM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun berdepan detik cemas apabila kaki kirinya tersepit dalam lubang mangkuk tandas di rumahnya di Bandar Seri Behrang, Behrang Stesen di sini hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim, Ibrahim Mat Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.05 malam.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu, Mohammad Fitri Mohd. Rani mandi bersama kakaknya.

Katanya, ketika mandi kanak-kanak itu tergelincir menyebabkan kaki kirinya terperosok ke dalam lubang mangkuk tandas jenis cangkung.

“Bapa mangsa cuba mengeluarkan kaki kanak-kanak itu namun gagal lalu menghubungi pihak bomba untuk bantuan.

“Anggota bomba memecahkan mangkuk tandas dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa hanya mengalami luka-luka kecil,” katanya


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.