Dua Beradik Mati Lemas Di Pantai Janglau

ROMPIN – Kegembiraan sebuah keluarga berkelah sempena cuti Aidilftiri bertukar tragedi apabila dua beradik perempuan lemas di Pantai Janglau, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Mangsa dikenali Nur Nabilah Sharul Ami, 21, dan Ainur Huda, 14, berasal dari Taman Murni, Parit Buntar, Perak.

Difahamkan ketika kejadian kedua mangsa sedang mandi bersama enam saudara mereka sebelum dihanyutkan arus ke kuala Sungai Janglau selepas air laut pasang.

Ahli keluarga mereka berjaya menyelamatkan enam yang hanyut menggunakan sampan di pantai itu manakala kedua mangsa gagal diselamatkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, Penolong Penguasa Bomba, Amirul Naem Harun mengesahkan kejadian itu. “Kami menerima panggilan pada jam 12.23 tengah hari yang memaklumkan kejadian itu.

“Mayat mereka dibawa ke Hospital Rompin dan siasatan lanjut dilakukan oleh polis,” katanya. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.