DoJ: PH Rancang Siri Jelajah, Demonstrasi

KUALA LUMPUR — Pakatan Harapan merancang untuk mengadakan siri jelajah menjelaskan kepada rakyat tentang is u saman Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata jelajah akan bermula di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 6 Julai ini dan berakhir dengan demonstrasi pada September depan.

“Kita akan jelaskan isu saman ini kepada rakyat,” katanya, lapor ProjekMMO.

Turut serta menyatakan persetujuan turun ke jalanan adalah Parti Warisan Sabah dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Namun setakat ini masih tiada respons diberikan PAS walaupun surat jemputan diserahkan, kata Azizah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.