‘Cahaya Mata Kami’

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri lima artis popular ini lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka.

Sejak masing-masing berkongsi wajah anak di laman Instagram, peminat juga tidak sabar untuk melihat mereka melaram pada hari raya.

Berikut lima artis yang menyambut Aidilfitri bersama anak pertama mereka.

1. Shaheizy Sam

Anak lelaki Sam yang diberi nama Syeriv Samheizy itu dilahirkan pada 9 Mei lalu. Pun begitu nama anak kepada pasangan pelakon Sam dan Syatilla Melvin ini menimbulkan perdebatan dalam kalangan peminat yang mempersoalkan maksud nama anak mereka.

2. Syamsul Yusof

Pada raya pertama lalu pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah memilih warna biru sebagai tema. Anak lelaki mereka iaitu Syaikhul Islam juga mengenakan warna sedondon.

 

3. Saharul Ridzwan

Nampak pelik, tapi itulah realiti apabila pelakon Saharul Ridzwan masih belum bersedia untuk berkongsi wajah anak lelaki mereka apabila diletakkan topeng. Ada berkata lebih baik jangan bergambar dan memuat naik di Instagram jika ingin disembunyikan wajah anak.

 

4. Stacy

Jika tahun lalu pasangan penyanyi popular Akim dan Stacy menyambut Aidilfitri bersama anak angkat mereka Bella, tahun ini mereka beraya berempat. Kehadiran anak perempuan yang diberi nama Eeshaal menyerikan lagi 1 Syawal mereka sekeluarga.

 

5. Adira

Penyanyi Adira yang selamat bersalin anak perempuan pada 11 Mac lalu tidak ketinggalan menyambut Aidilfitri bersama suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red di kampung halamannya di Kota Kinabalu.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.