Australia Didakwa Intip China

BEIJING – Kerajaan Australia didakwa mengintip kedutaan China dan ‘memaksa’ rakyat negara itu memberi maklumat perisikan, lapor akhbar Global Times, hari ini.

Menurut Reuters, laporan akhbar yang memetik sumber keselamatan itu mendedahkan, China dan Australia mempunyai hubungan perniagaan dan ekonomi yang rapat tetapi Beijing ragu-ragu dengan hubungan Canberra dan Washington.

Akhbar Global Times yang memetik sumber Jabatan Keselamatan Negara China melaporkan, kerajaan Australia mengintip China dan memantau rakyatnya.

“Pegawai Jabatan Keselamatan Kebangsaan berkata, ejen Australia menyamar supaya dapat mendekati rakyat China yang bekerja atau menetap di luar negara untuk mengumpul maklumat atau menggalakkan mereka berpaling tadah,” kata laporan itu.

Sementara itu, dalam usaha untuk menghalang ancaman perisik China, perisikan Australia beroperasi dengan memantau rakyat China dan pejabat duta di China.

Laporan itu mendakwa, ramai rakyat China sudah disoal siasat atau dipaksa untuk memberikan maklumat berhubung masyarakat dan kedutaan China.

“Ramai rakyat China juga dihantar pulang untuk mengumpulkan maklumat,” katanya, lapor BH.

Pada masa sama, pihak berkuasa China turut menemui banyak peranti pendengaran di pejabat kedutaan hingga memaksa kerajaan mengubah suai pejabat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.