AS Dakwa Syria Rancang Serangan Senjata Kimia

WASHINGTON – Pentadbiran White House memberi amaran kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad bahawa beliau dan tenteranya akan ‘menanggung akibatnya’ jika mereka melaksanakan serangan senjata kimia. Amerika Syarikat (AS) mendakwa pihaknya mempunyai asas untuk percaya bahawa persiapan itu giat dilakukan.

Menurut Reuters, white House dalam satu kenyataan kelmarin menyatakan Syria membuat persiapan sama seperti yang lakukan sebelum ini, iaitu serangan kimia pada 4 April lalu yang mengorbankan seramai 87 orang awam di Khan Sheikhoun.

Tindakan itu dikatakan mendorong Presiden AS, Donald Trump untuk mengarahkan satu serangan peluru berpandu ke pangkalan udara Shayrat di Syria. Syria menafikan melakukan serangan itu.

“AS telah mengenal pasti persiapan berpotensi untuk satu lagi serangan senjata kimia oleh rejim Bashar di mana ia mungkin membawa kepada pembunuhan beramai-ramai orang awam termasuk kanak-kanak,” kata jurucakap White House, Sean Spicer.

“Jika Bashar melakukan satu lagi pembunuhan beramai-ramai menggunakan senjata kimia, beliau dan pihak tenteranya akan menanggung akibatnya,” katanya, lapor Kosmo.

AS dan pegawai risikan rakan sekutu mengenal pasti beberapa lokasi yang mereka mengesyaki kerajaan Bashar mungkin menyorok senjata kimia baharu, kata sumber risikan AS.

Penilaian itu dibuat berdasarkan komponen di beberapa tempat, kawalan keselamatan di lokasi yang disyaki dan beberapa maklumat lain.

Amaran White House, menurut pegawai sama, dilakukan berdasarkan laporan baharu di mana ia menggambarkannya sebagai aktiviti luar biasa yang mungkin berkait untuk persediaan satu serangan kimia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.