2 Maut Bas Ekspres Terbalik Di Lebuh Raya Utara-Selatan

KUALA LUMPUR- Dua penumpang termasuk seorang wanita warga Indonesia maut manakala 24 orang lagi terselamat selepas bas ekspres yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Kilometer 422.5 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan ke Bukit Beruntung dekat sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, mangsa dikenal pasti sebagai M. Arashu, 44, dan Masenah, 46, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 4.49 pagi itu. 


Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.51 dan sebanyak 14 anggota serta seorang pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pihak kita tiba kira-kira pukul 5.43 pagi dan mendapati dua mangsa telah meninggal dunia serta 24 orang lagi penumpang terselamat.

“Mayat kini telah diserahkan kepada pihak polis untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.