Video: Pelancong Diacu Raifal Kerana Kacau Pengawal Ratu Elizabeth

SEORANG pelancong yang bertindak mengganggu rutin kawalan pengawal Ratu Elizabeth atau ‘The Queen’s Guard’ terima akibat apabila dia diherdik dan diacukan raifal.

 

Melalui sebuah video yang dimuatnaik awal minggu lalu, The Queen’s Guard yang popular dengan seragam merah dan topi tinggi berbulu beruang dan rutin kawalan yang amat ketat membuktikan kerja mereka bukanlah ‘main-main’.

 

Sebelum diacu raifal, pelancong berkenaan melakukan beberapa mimik ‘mengejek’ rutin kawalan ulang-alik sebelum bertindak menyentuh bahu pengawal tersebut.

 

Pengawal berkenaan, dengan pantas dan bersuara lantang memberi arahan “Jauhi (diri anda dari) The Queen’s Guard!”.

 

Seramai 4.6 juta pelayar sudah menonton video tersebut dan majoriti melahirkan rasa kesal terhadap sikap pelancong yang gagal menghormati rutin penawal dan kerap kali mengejek kawalan Diraja Britain tersebut.

 

 

“Mereka (The Queen’s Guard) bukan tentera mainan. Mereka berkhidmat dengan angkatan tentera yang diperintahkan untuk melindungi kediaman diraja dalam apa jua keadaan sekalipun. Mereka tidak akan teragak untuk membunuh anda jika perlu,” kata seorang pelayar, Char.

 

“Darjah kebanggaan dan dedikasi The Queen’s Guard adalah menakjubkan. Saya sebagai seorang bekas tentera mampu faham penghinaan dan ejekan orang ramai terhadap The Queen’s Guard dan seumpamanya..” kata Lucas.

 

“Pelancong tersebut memang tak bijak, tapi saya suka lihat pelancong tak bijak yang sedang dalam ketakutan,” kata Gord sambil disokong oleh pelayar-pelayar lain. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!