Usus Yaya Berlipat Kesan Dari Penderaan

KOTA BHARU – Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang didera ibu tirinya menjalani pembedahan utama di perut pada 10.30 pagi tadi kerana keadaan ususnya berlipat.

 

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata, ia kesan daripada penderaan.

 

Katanya, usus berpulas mengganggu sistem pencernaan mangsa dan akan memberi kesan pada masa akan datang sekiranya tidak melakukan pembedahan.

 

“Untuk membaiki semula usus itu, pembedahan utama dilakukan segera yang mengambil masa selama hampir dua jam.

 

“Mangsa kini dalam stabil dan akan diberi pemantauan untuk memastikan keadaannya benar-benar sembuh,” katanya pada sidang media di HRPZ II, di sini, sebentar tadi.

 

Harian Metro sebelum ini melaporkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dikenali sebagai Yaya didera ibu tiri hingga menyebabkan kecederaan teruk kepada mangsa. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.