Rafizi Cuma Mahu Raih Publisiti – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa berkata, tiada gunanya untuk melayan tuduhan yang dibuat oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli.

 

“Perlukah saya melayan orang yang hanya mahu mendapatkan publisiti daripada menjalankan siasatan.

 

“Mereka yang mahukan publisiti akan pergi kepada pihak media manakala mereka yang mahu tindakan diambil dan juga keadilan akan pergi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

“Apa yang diperkatakan oleh Rafizi itu bukanlah perkara baru dan saya pasti pihak berkuasa sudah maklum mengenainya.

 

Katanya, Rafizi ‘agak terlambat’ dengan dakwaan itu.

 

“Adalah lebih baik untuk membantu SPRM daripada cuba mendapatkan kritikan umum.

 

Bagaimanapun, biarlah kita ambilnya secara positif,” katanya. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.