Provokasi Raba Punggung, Pemain Chile Digantung Tiga Perlawanan

SANTIAGO, Chile – Pertahanan tuan rumah, Chile, Gonzalo Jara tidak akan beraksi lagi dalam baki saingan temasya Copa America, di sini.

 

Ini selepas badan induk bola sepak Amerika Selatan membuat keputusan menggantung pemain itu sebanyak tiga perlawanan.

 

Hukuman itu dibuat selepas dia didapati bersalah membuat provokasi ke atas pemain Uruguay, Edinson Cavani pada aksi suku akhir sebelum ini.

 

Dalam perlawanan itu, Jara didakwa meraba punggung Cavani sehingga pemain itu bertindak balas mengakibatkan dia di buang padang.

 

Kelmarin Persatuan Bola Sepak Uruguay membuat aduan rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak America Selatan berhubung tindakan Jara itu.

 

Berikutan itu, Jara tidak akan beraksi pada pertemuan separuh akhir Copa America bertemu Peru selepas ini. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.