Ibu Pemuda Hidap Diabetes Kronik Nafi Tinggalkan Anak

BUKIT MERTAJAM – “Itu semua tidak benar, saya tidak pernah tinggalkan dia,” kata Rosmah Sulaiman, 44, ibu kepada Khairul Helmi Roslan, 25, yang kronik menghidap kencing manis sehingga hanya mampu terbaring.

 

Khairul Helmi yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu menghidap kencing manis sejak dua tahun lalu dan penyakitnya mengakibatkan keseluruhan tubuhnya kurus sehingga menyerlahkan tulangnya.

 

Rosmah berkata, kenyataan di media sosial kononnya dia meninggalkan Khairul Helmi kerana mengikut suami barunya yang menjadi viral baru-baru ini adalah tidak benar.

 

“Apa yang diviralkan di halaman sosial terhadap diri saya tidak benar, malah saya masih setia berada di sisi Khairul dan begitu kecewa terhadap kenyataan negatif yang dimuat naik dalam laman sosial hingga menjatuhkan maruah saya.

 

“Sepatutnya sebelum membuat sebarang tuduhan di laman sosial, mereka harus selidik dan kenal pasti dahulu keadaan sebenar dan bukan sesuka hati melemparkan sebarang kenyataan,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah, di sini, kelmarin. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.