Chong Wei Juara Terbuka Kanada

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei muncul juara Grand Prix (GP) Terbuka Kanada selepas menewaskan wakil Hong Kong, Ng Ka Long Angus 21-17, 21-13 pada aksi final, hari ini.

 

Pada perlawanan yang berlangsung di Calgary, Kanada itu, Chong Wei hanya memerlukan masa selama 35 minit untuk menewaskan lawannya yang juga pilihan ketujuh kejohanan.

 

Kejayaan itu adalah yang kedua dalam tempoh dua minggu selepas bekas pemain nombor satu dunia itu muncul juara di Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat, minggu lalu.

 

Dua kejayaan itu hadir selepas dia memenuhi hukuman penggantungan selama lapan bulan dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berikutan gagal ujian doping di Kejohanan Dunia, tahun lalu. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.