Tak boleh ganti orang sedang bercuti, PM belum fikir rombak Kabinet

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum memikirkan untuk merombak Kabinet.

Ini susulan peletakan jawatan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Anwar menegaskan, penggantian anggota Jemaah Menteri baharu tidak boleh dilakukan kerana Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa itu secara asasnya sedang bercuti.

“Belum (fikir buat rombakan), mereka (Rafizi dan Nik Nazmi) masih bercuti, kita tak boleh ganti orang yang sedang bercuti,” katanya ditemui media di Putrajaya selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri pada Khamis.

Turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Semalam, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan meletak jawatan masing-masing berkuatkuasa 17 Jun serta 4 Julai depan.

Mereka berdua mengaitkan keputusan itu dengan kekalahan dalam pemilihan PKR baru-baru ini.

Susulan pengumuman itu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan memaklumkan, Anwar meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri berkenaan.

Kedua-dua menteri itu sebelum ini tewas pada Pemilihan PKR 2025 dengan Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar, manakala Nik Nazmi tewas pada pemilihan sebagai Naib Presiden.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat