Perayaan Gawai dan Keamatan dalam kapsul perpaduan Tuai Kasih jadi sebutan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, – Dalam suasana penuh warna-warni dan semangat kekeluargaan sempena sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan 2025, sebuah iklan khas bertajuk Tuai Kasih telah mencuri perhatian rakyat Malaysia dengan mengetengahkan mesej perpaduan melalui keindahan budaya tempatan.

Diilhamkan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, Tuai Kasih bukan sekadar iklan perayaan, tetapi sebuah karya seni visual yang mengangkat nilai kebersamaan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Menurut Setiausaha Akhbarnya, Dr Shatesh Kumar Sanggar, iklan ini menjadi simbol penerimaan budaya serta keharmonian yang dicapai melalui kefahaman dan penghormatan terhadap perbezaan.

“Iklan ini bukan sekadar bahan promosi sempena dua perayaan di Malaysia. Ia merupakan simbol keindahan nilai kebersamaan dan penerimaan budaya dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Dengan tema Dalam setiap sambutan, kita raikan keharmonian dalam kepelbagaian, Tuai Kasih menyatukan elemen tarian etnik, muzik rakyat, serta sinematografi moden bagi mencipta suasana syahdu yang menyentuh hati.

Paparan persiapan perayaan, detik komuniti pelbagai bangsa berkumpul serta latar pemandangan desa Sabah dan Sarawak, menyemarakkan rasa bangga terhadap warisan budaya tanah air.

Naratifnya yang menyentuh nilai kasih sayang, hormat dan sokongan menjadikan karya ini lebih daripada sekadar tontonan ia menjadi mesej perpaduan yang halus tetapi bermakna.

Sejak dilancarkan pada 26 Mei lalu, Tuai Kasih meraih lebih 2.5 juta tontonan di platform media sosial rasmi Datuk Aaron seperti TikTok dan Instagram, serta menerima pujian kerana pendekatannya yang kreatif dan menyentuh emosi.

Iklan ini boleh ditonton di saluran rasmi termasuk TV1, TV Sarawak (TVS), Astro Awani Borneo, BERNAMA dan laman media sosial Kementerian Perpaduan Negara.

Tuai Kasih turut menampilkan pelakon yang mewakili kepelbagaian rakyat Malaysia: Izzul Faiq (Melayu), Nicole Jay (Cina), Dhakshu (India), Ethan (Sabah) dan Dunstun Luther Junior (Sarawak), memperkukuh lagi mesej keharmonian yang cuba disampaikan.

Iklan ini sejajar dengan aspirasi Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sering menekankan pentingnya semangat perpaduan sebagai tunjang kemajuan negara.

“Karya ini mencerminkan hasrat Perdana Menteri untuk melihat Malaysia bukan sahaja makmur, tetapi juga bersatu padu dalam kepelbagaian,” tambah Dr Shatesh.

Perpaduan Melalui Seni dan Budaya**

Menurut Satesh, Tuai Kasih berjaya membuktikan bahawa seni dan budaya merupakan medium efektif dalam menyemai rasa hormat dan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat. Ia menyeru agar sambutan Gawai dan Kaamatan diraikan sebagai sebahagian daripada identiti nasional, bukan hanya oleh etnik asal tetapi seluruh warga Malaysia. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat