Kontinjen Malaysia Ke Temasya APG 2023 Sasar Menang 33 Emas

- Advertisement -

Kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja awal bulan depan menyasarkan untuk meraih 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa.

Sasaran tersebut berdasarkan kepada perbincangan bersama persatuan sukan kebangsaan pada temasya yang dijadualkan berlangsung di Phnom Penh bermula 3 hingga 9 Jun itu.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, sasaran itu juga bersandarkan kepada maklumat terbaharu berkaitan keupayaan atlet bersaing dengan negara lain.

Menurutnya, sasaran negara juga terjejas apabila penganjur tidak menyenaraikan 10 acara termasuk memanah dan tenis kerusi roda sekali gus Malaysia kehilangan tiga emas pada temasya dwi tahunan itu ya.

“Malaysia juga bakal kehilangan tiga emas apabila atlet Paralimpik Tokyo 202 iaitu Datuk Mohd Latif Romly, Ziyad Zulkifli dan Cheah Liek Hou tidak menyertai sukan Para ASEAN kali ini.

“Kita percaya akan ada atlet yang mampu mencipta kejutan dan tidak mustahil menambah jumlah pungutan pingat keseluruhan untuk kontinjen Malaysia daripada Kemboja kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Para ASEAN Ke-12, Kemboja 2023 yang disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada Isnin.

Turut diumumkan pada majlis itu ialah atlet boccia, Angeline Melissa Lawas sebagai pembawa Jalur Gemilang pada perarakan masuk kontinjen Malaysia di APG Kemboja. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat