Kuih Kerbau Guling Jadi Rebutan Ramai Selepas Tular Di Media Sosial

RANTAU PANJANG ― “Kerbau guling” nama yang janggal bagi masyarakat Lembah Klang, namun kuih itu kini menjadi kegilaan ramai di Kelantan.

Menular beberapa minggu lalu, berita kuih yang dibuat berasaskan arang tempurung kelapa itu awalnya dikenali kuih hitam atau koleh hitam.

Satu-satunya gerai yang menjual kuih ini, asalnya dari Thailand, terletak di hadapan stesen minyak Caltex di sini, lapor Harian Metro.

Berkongsi rahsia, peniaganya Wan Suriana Wan Ali, 35, berkata kuih jualannya itu bagaimanapun resipi ayahnya sejak 31 tahun lalu.

“Ia dipanggil sebegitu kerana kuih ini digolekkan di dalam kelapa parut seperti kerbau berendam,” katanya.

“Kemudian ia dimuat naik ke laman sosial menyebabkan orang ramai memanggilnya kuih kerbau guling.”

Walau sudah lama dijual, bukan hanya untuk bulan puasa, kuih ini yang disebut “kuba guling” di sana tiba-tiba menarik perhatian ramai.

Dijual RM2 sebungkus, sejak tular Suriana mampu menjual lebih 50 dulang sehari berbanding hari biasa hanya 10 dulang.

Pelanggan kuih dengan tekstur lembut itu bukan sahaja dari Rantau Panjang, malah ada dari Kota Baru, Machang, Gua Musang dan juga luar Kelantan.

“Mereka kebanyakan mengetahui tentang kerbau guling selepas ia dimuat naik pelanggan kami di Facebook dan Instagram,” kata Wan Suriana lagi.

Selain kerbau guling, Suriana juga menjual lebih 25 jenis kuih setiap kali bulan Ramadan.

Walau sudah lama dijual, bukan hanya untuk bulan puasa, kuih ini yang disebut “kuba guling” di sana tiba-tiba menarik perhatian ramai.

Dijual RM2 sebungkus, sejak tular Suriana mampu menjual lebih 50 dulang sehari berbanding hari biasa hanya 10 dulang.

Pelanggan kuih dengan tekstur lembut itu bukan sahaja dari Rantau Panjang, malah ada dari Kota Baru, Machang, Gua Musang dan juga luar Kelantan.

“Mereka kebanyakan mengetahui tentang kerbau guling selepas ia dimuat naik pelanggan kami di Facebook dan Instagram,” kata Wan Suriana lagi.

Selain kerbau guling, Suriana juga menjual lebih 25 jenis kuih setiap kali bulan Ramadan. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.