Sultan Johor Ziarah Bekas Guru

GEORGETOWN – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menziarahi bekas Pengetua Maktab Sultan Abu Bakar, Yeong Siew Man, 81, di sini hari ini.

 

Ketibaan baginda di kediaman Siew Man di Jalan Delima, Island Glades, kira-kira jam 11 pagi tadi turut diiringi Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ghafar Rajab dan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid.

 

Difahamkan, Siew Man pernah mendidik Sultan Ibrahim Iskandar pada 1971 hingga 1975.

 

Baginda meluangkan masa kira-kira 20 minit di kediaman Siew Man serta menghadiahkan cenderahati berbentuk jam dan syiling Kemahkotaan Tuanku Sultan kepada bekas guru berkenaan sebelum berangkat ke Restoran Nasi Kandar Kayu, di sini untuk santapan tengah hari. – BH

One thought on “Sultan Johor Ziarah Bekas Guru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.