Perangai Hodoh Badrulamin Atas Kemangkatan Sultan Perak

Apabila Karpal Singh mati, ucapan takziah meniti di bibir hampir semua ahli politik, sungguh pun dari fahaman serta ideologi politik yang jelas bertentangan. Atas sebab menghormati hati dan perasaan keluarga mendiang, tiada satu pun ucapan berbaur penghinaan dari seteru politiknya.

Itu dinamakan professional.

Agak menghairankan apabila keadaan tersebut tidak berlaku ke atas kemangkatan Sultan Perak, apabila seorang yang digelar ustaz, membangkitkan perkara sedemikian rupa. Lebih mendukacitakan, tiada langsung unsur hormat sekalipun mengaku sebagai seorang muslim.

Penulis, sewaktu kecil, sering diingatkan di majlis-majlis ilmu, bahkan oleh kedua orang tua, agar menghormati orang yang sudah meninggal dunia. Ini termasuklah membicara perkara-perkara yang kurang enak berkenaan si mati. Sekalipun perkara yang benar, larangan dari orang tua atas perkara ini cukup menebal.

Dan si Badrulamin pula menceritakan sesuatu yang kurang tepat, kerana mungkin gagal memahami, atau enggan memahami undang-undang tubuh kerajaan negeri yang jelas memperuntukkan kuasa Sultan dalam menentukan hal-ehwal dewan undangan negeri. Untuk rekod, PRU13 pula menyaksikan rakyat menolak Pakatan Rakyat di Perak.

Tidak pula kedengaran tentang komentar si Badrulamin berkenaan dengan kematian Karpal Singh yang terkenal dengan sikap anti-Islam itu. Kalau lah dia boleh menghormati kematian seorang yang bukan Islam dengan tidak membangkitkan isu berkenaan sungguhpun ianya benar, apakah sukar untuk menghormati kemangkatan Sultan Perak yang jelas berjasa kepada Islam dan sekelian rakyat Perak?

Perlakuan sedemikian jelas menunjukkan sikap anti-institusi diraja yang sedang subur mekar di kalangan pentaksub mereka. Tanpa Badrolamin sedar, dia menjelaskan pendiriannya.

Grafik di atas adalah bersumberkan dari akaun laman Twitter Badrulamin sendiri. Anda nilaikanlah dengan kewarasan dan adab budaya kita orang timur…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.