Nenek Mohon Bantuan Persekolahan Cucu

PASIR MAS – Seorang nenek di Kampung Biah memohon bantuan kewangan bagi keperluan persekolahan cucunya.

Nenek, Hasmah Mahmood, 81, berkata, cucunya, Nur Fatihah Marzuki, 14, terpaksa menumpang kasih setelah kehilangan kedua ibu bapa.

“Ketika usia Fatihah baru sahaja mencecah lapan bulan, anak lelaki saya, Marzuki Abdul Razak meninggal dunia.

“Manakala menantu saya, Rosmawati Abdul Rahim meninggal akibat sakit jantung setahun selepas kematian Marzuki,” katanya.

Menurutnya, berbekalkan wang pencen arwah Marzuki yang berkhidmat sebagai tentera sebanyak RM200, ia sedikit sebanyak membantu mereka menguruskan keperluan harian.

Selain itu katanya, sebahagian  bantuan daripada Jabatan kebajikan Masyarakat sebanyak RM100 digunakan bayar tambang van sekolah dan pemakanan cucunya.

Hasmah berkata, disebabkan tahap kesihatan yang tidak menentu dia tidak mampu untuk bekerja bagi menambah pendapatan keluarga.

“Jika umur saya tak panjang, saya risau masa depan Fatihah malah sumber kewangan yang terhad mungkin membantukan peluangnya untuk meneruskan pelajaran,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.