Mr Bean Selamatkan Pemandu McLaren F1 Kemalangan

KETIKA membawa watak sebagai Mr Bean, Rowan Atkinson seorang yang dilihat tidak dapat menguruskan diri manakala gelagatnya sering ditertawakan masyarakat dunia.mr2

Namun, pada Selasa, pelakon itu telah menyelamatkan nyawa seorang ahli perniagaan dari Amerika Syarikat yang terlibat dalam kemalangan di Tuscany, Itali.

Mr. Bean, 59, merupakan individu pertama yang membantu menyelamatkan pemandu kereta jenis McLaren F1 selepas kenderaan itu terbabas dan merempuh pokok.

Pemandu kereta itu hilang kawalan ketika sedang memecut dengan kelajuan 240 batu-sejam sebelum merempuh pokok sehingga meyebabkan kenderaan berkenaan terbalik.

Semasa kemalangan, Atkinson merupakan salah seorang daripada peserta konvoi permotoran yang melalui perkampungan Tuscany.

Dia bukan sahaja menyelamatkan lelaki itu tetapi turut membantu memungut serpihan kereta sukan tersebut dan memberikan keterangan sebagai saksi kepada polis.

Pemandu kereta sukan itu telah diterbangkan ke hospital di Pisa menggunakan helikopter dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.mr6

Pada 2011, Atkinson terselamat daripada maut selepas kereta sukan miliknya juga jenis McLaren F1 terbabas dan merempuh pokok di Northamptonshire.

Kereta kesayangannya mengalami kerosakkan teruk dan memerlukan perbelanjaan sebanyak £910,000 untuk dibaik pulih.

Dengan perbelanjaan itu, kereta sukan Mr Bean telah direkodkan sebagai kereta yang menelan kos tertinggi di Britain untuk diperbaiki selepas terlibat dalam kemalangan.

 

 

Kereta sukan milik Atkinson yang terbabas pada 2011.
Kereta sukan milik Atkinson yang terbabas pada 2011.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

mr5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.