Mayat Yoon Ditemui

KOTA BHARU – Mayat lelaki Cina yang nekad terjun dan dikhuatiri lemas dalam kejadian Sabtu lalu di Jambatan Sultan Yahya Petra, ditemui 50 meter dari kawasan kejadian oleh anggota bomba dan penyelamat, petang semalam.

Mangsa, Yoon Tuck Lee, 28, ditemui berpakaian lengkap timbul di permukaan sungai kira-kira jam 4.20 petang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Abdul Jalil Ishak berkata, operasi menyelamat mangsa disertai Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) Pengkalan Kubor dan Kota Bharu dengan 12 anggota bomba dan 10 sukarela menggunakan bot dan peralatan menyelam.

“Keadaan mangsa masih lagi sempurna dan kita serahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum diserahkan kepada keluarga. Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat sebelum dituntut,” katanya kepada media ketika ditemui di kawasan kejadian, semalam.

Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa dipercayai keluar dari rumah selepas menghantar isterinya pulang ke rumah selepas keluar makan bersama isteri dan rakanya, dan sempat mengucapkan selamat tinggal melalui panggilan telefon sebelum nekad terjun dari jambatan itu.

Mangsa yang merupakan pengurus jualan di bandar ini, dipercayai lemas selepas terjun dari jambatan itu dan meninggalkan kereta miliknya di tepi jambatan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.