Letupan:Seorang Maut dan Satu Lagi Cedera Parah

Oleh Andy Sabang 

SIBU: Seorang pekerja sebuah syarikat pengisian semula gas di Jalan Lanang di sini terbunuh dalam satu letupan di tempat kerja, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Ariffin Bayang, 31.

Seorang lagi rakan mangsa yang bekerja sebagai pe­mandu lori cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian dipercayai ber­laku sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.

Bagaimanapun, punca ke­jadian masih belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Difahamkan, mangsa se­dang bekerja sebelum tiba-tiba berlaku letupan yang menyebabkan tangan kiri serta kaki kanannya cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.T13322

Jabatan Bomba dan Penye­lamat Sibu dan pihak polis bergegas ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan men­genai insiden berkenaan.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke rumah mayat Hospital Sibu untuk bedah siasat.

Letupan tersebut turut mengakibatkan cermin ting­kap beberapa bangunan ber­dekatan pecah.

Sementara itu, seorang penyewa yang tinggal tidak jauh dari tempat kejadian dikenali sebagai Abang Haj­man Abang Ilan, 51, member­itahu beliau semasa kejadian sedang berehat di bilik rumah sewanya.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan kuat selain cer­min tingkap rumah sewa kami turut pecah.

“Tersentak dengan ke­jadian itu, saya bergegas keluar untuk mengetahui apa yang sedang berlaku,” katanya.

Menurut Abang Hajman, ini adalah kali kedua insiden berkenaan berlaku.

Kejadian pertama bagaim­anapun hanya melibatkan letupan kecil dan tiada se­barang kecederaan dilapor­kan, jelasnya.

Justeru, beliau menggesa pihak berkenaan agar meneliti semula tahap keselamatan di sekitar kawasan berkenaan.

Ini kerana lokasi syarikat pengisian semula gas itu ter­letak di kawasan kediaman awam, katanya. The Borneo post.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.