Kes Rogol Di Kelantan Serius

Kelantan terkenal dengan gelaran “Serambi Mekah” namun ironinya kes rogol yang melibatkan remaja bawah umur  semakin membimbangkan apabila 21 kes dilaporkan telah berlaku dinegeri itu sejak awal tahun ini.image

Biarpun jumlahnya belum mencatatkan peningkatan berbanding dengan tahun  lepas,nesbah laporan 4 kes sebulan merupakan satu pekara yang mesti dipandang serius.

Ketua polis Daerah,Asisten Komisioner,Azham Othman (gambar)berkata,Majoriti kes rogol yang dilaporkan adalah melibatkan remaja bawah umur”sesuatu perlu dilakukan untuk mengekang  gejala sosial seperti ini daripada terus berlarutan.

“Pelbagai program bagi mendidik rakyat berhubung pekara ini perlu digiatkan,”katanya.

Beliau berkata demikian  bagi mengulas kes seorang pelajar berusia 14 tahun yang mendakwa telah dirogol oleh 38 lelaki di Kampung Hutan Pasir,Ketereh disini pada 2o Mei lalu.

Azham berkata,pihaknya memandang serius kes tersebut dan telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kejadian tersebut dan semua suspek sedang giat dikesan.

“Orang ramai lebih prlu prihatin dengan keadaan sekeliling dan segeramelaporkan jika terdapat sebarang kegiatan mencurigakan di lokasi kejiranan masing-masing.

Ini kerana kejadian rogol remaja terbabit berlaku didlam sebuah rumah yang dekat dengan rumah penduduk kampung,katanya.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.