SPRM ada senarai nama individu terkait kes ceroboh tanah di Raub termasuk pegawai kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mendedahkan pihaknya mempunyai senarai individu dikenal pasti terbabit dalam kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang.

Katanya, setakat ini tangkapan belum dibuat dan pegawai penyiasat SPRM sedang giat mengesan individu terbabit, termasuk pegawai kerajaan yang berkhidmat di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta pejabat daerah.

“Kita ada dalam senarai (individu dikenal pasti terbabit). Kalau lebih kurang 10 tahun (kejadian berlaku) sudah tentu pegawai berkenaan ada yang sudah berpencen dan sebagainya.

“Jadi ini menjadi satu cabaran juga kepada pegawai penyiasat saya untuk buat ‘tracing’ dan semak latar belakang siapa yang bertugas ketika itu, akan ambil masa sedikit terutama kepada mereka yang meneroka dan bagaimana mereka melakukannya.

“Keadilan dalam proses siasatan ini adalah penting,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Persidangan Antirasuah di Asia Tenggara di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya, lapor BH pada Selasa.

Turut hadir, Presiden Kesatuan Antirasuah Asia Tenggara (Sea Actions), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Seri Mustafar Ali.

Tambah Azam, bagi kes kali tersebut, separuh daripada peneroka terbabit mendakwa mereka telah melakukan kerja penerokaan sejak 1974.

Menurutnya, ia bermaksud bahawa terdapat kemungkinan bahawa berlaku aktiviti penerokaan yang baru di kawasan tersebut.

“Jika penerokaan itu dilakukan sejak 1974, mungkin usia pokok di tanah berkenaan lebih kurang 50 tahun.

“Tetapi terdapat juga pokok yang berusia lapan atau sembilan tahun, ini penerokaan yang lain,” katanya.

Jelas beliau, kerajaan negeri telah mengambil kira semua perkara tersebut dan pihak-pihak yang bertanggungjawab akan dipanggil bagi tujuan siasatan.

“Kalau kes itu lebih kurang 10 tahun lepas, sudah tentu pegawai terlibat sudah pencen. Jadi menjadi cabaran kepada pegawai penyiasat saya untuk membuat siasatan latar belakang siapa bertugas. Ini mungkin masa sedikit,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat