Bersatu Perak desak Faizal Azumu diganti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – ‘Pergolakan’ dalam Bersatu Perak susulan isu cadangan pertukaran kerusi wakil rakyatnya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) didakwa semakin meruncing apabila ada akuan berkanun (SD) meminta Ketuanya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu digantikan.

Perkara itu didedahkan salah seorang daripada ketua bahagian Bersatu di negeri itu yang enggan dinamakan, lapor FMT pada Selasa.

Beliau mendakwa SD terbabit ditandatangani 16 daripada 24 ketua bahagian Bersatu Perak yang tidak bersetuju dengan cara Faizal atau lebih dikenali Peja memohon pertukaran tempat antara Adun Sungai Manik Zainol Fadzi Paharudin dengan Adun Changkat Jong Nadziruddin Bandi.

“SD itu minta kedudukan Peja dikaji semula atau digantikan dengan pemimpin lain, ramai tidak setuju kerana tidak dimaklumkan pertukaran kerusi itu sebelum permohonan rasmi dibuat ke DUN.

“Surat itu diberi kepada Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainudin pada minggu lalu, sekarang kita tunggu arahan selanjutnya,” katanya kepada portal itu sambil menyifatkan tindakan Faizal ‘memalukan’ Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Faizal yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak sebelum ini menjelaskan beliau membuat permintaan menukar kerusi itu susulan pelantikan Nadziruddin sebagai setiausaha Bersatu Perak, jawatan dilepaskan Zainol.

Tetapi, beberapa bahagian Bersatu melihat ‘cubaan’ membenarkan Nadziruddin mengambil alih peranan Zainol sebagai pemangku ketua pembangkang selepas Razman Zakaria dari Pas digantung selama enam bulan.

Zainol yang menjadi Adun selama empat penggal duduk bersebelahan Razman dalam DUN Perak manakala Nadziruddin berkhidmat untuk penggal pertama.

Permintaan itu ditolak Speaker DUN Perak Zahir Abdul Khalid, walaupun beliau bersetuju memindahkan Nadziruddin ke barisan depan, dua kerusi dari Zainol.

Difahamkan, Hamzah diberi tanggungjawab untuk menangani isu membabitkan Bersatu Perak itu.

Khamis lalu, beliau menafikan isu terbabit menyebabkan Bersatu Perak berpecah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat