Bagi duit kepada Islam tidak boleh menafikan matlamat politik, Tun Faisal sindir DAP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, – Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menegaskan bahawa sikap anti-Melayu atau anti-Islam tidak boleh dinafikan semata-mata dengan pemberian peruntukan kepada institusi berkaitan umat Islam, sebaliknya perlu dinilai berdasarkan prinsip serta penerimaan terhadap ajaran Islam itu sendiri.

Menurutnya, pihak yang benar-benar menghormati Islam tidak akan berusaha membawa umatnya ke jalan yang dimurkai Allah SWT, walaupun mereka mungkin kelihatan “mesra” melalui bantuan atau peruntukan.

Beliau memetik firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 120 sebagai peringatan bahawa kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan reda selagi umat Islam tidak mengikut jalan mereka.

“Golongan seperti evangelis, orientalis, Zionis dan NED yang dikaitkan dengan agenda asing seperti CIA juga memberikan peruntukan kepada umat Islam di seluruh dunia bukan untuk memperkasakan Islam, tetapi untuk melemahkan keteguhan umat,” katanya.

Tun Faisal turut mempersoalkan keikhlasan DAP dalam memperjuangkan Islam selagi parti itu masih mengangkat agenda Malaysian Malaysia, sekularisme dan liberalisme yang menurutnya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menyeru umat Islam agar tidak leka dengan pemberian atau bantuan yang datang daripada pihak yang mempunyai pegangan bertentangan dengan Islam.

“Ambil peruntukan itu, kerana ia hak rakyat hasil dari cukai dan denda yang dikutip daripada rakyat. Tapi jangan pula kita rasa terhutang budi dengan kerajaan yang dalam masa sama menarik pelbagai subsidi rakyat,” katanya lagi.

Tun Faisal turut mengingatkan bahawa peruntukan untuk masjid, institusi Islam dan pendidikan agama bukanlah jasa individu seperti Nga Kor Ming atau DAP, sebaliknya adalah hasil perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang memastikan Islam menjadi Agama Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat