Rambut Pendek, Salena Gomez Terima Pujian

Penyanyi dan pelakon popular Hollywood, Selena Gomes mendapat pujian peminat apabila tampil dengan gaya baru berambut pendek.

Menurut Daily mail, bintang itu menerusi Instagramnya telah berkongsi beberapa keping foto dengan imej terbaru itu.

“Selena kelihatan cantik dengan gaya baharunya berambut pendek dan nampak seperti patung.

“Potongan rambut barunya itu dilihat sesuai dengan raut wajahnya dan penampilan yang digayakan oleh Selena.

“Menerusi gambar yang dikongsikan selena kelihatan cantik meskipun tidak mengenakan sebarang solekan pada wajahnya,” kata peminat..

Penyanyi itu sebelum ini lebih dikenali dengan imej berambut panjang hingga melepasi paras dada.

Bagaimanapun, sehingga kini belum dapat dipastikan mengapa Selena mengambil risiko untuk tampil dengan imej tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.